Khamis, 24 Disember 2009

Renungan buat kita semua



ALLAH SAYANG KITA


"Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi...



Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216



Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286



rasa FRUST?
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200



"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45



APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129



AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

semoga segala ujian yg ditempuhi akan menjadi saksi kita disaat perjumpaan dgn rabbul a'lamin.

Ahad, 13 Disember 2009

Menjadi Pemimpin Yang "Menjadi"


Menjadi Pemimpin Yang "Menjadi"
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: afifahazam
Editor: RosNiza Abdullah

Konflik dalam kalangan pemimpin merupakan perkara biasa, bukan sahaja di Malaysia , malah di banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Namun, cara dan suasana konflik tersebut diselesaikan adalah yang lazimnya menarik perhatian.

Cara dan suasana konflik juga berbeza diantara satu sama lain. Agak mengecewakan apabila konflik sebegini biasanya berjaya diselesaikan dengan lebih baik dalam kalangan pemimpin bukan Islam berbanding pemimpin Islam itu sendiri. Walhal, panduan dari AlQuran dan Hadis sudah berada di tangan mereka untuk bertindak sebagai pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’.

Sebenarnya terdapat beberapa item yang memungkinkan pemimpin itu untuk benar-benar ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan. Bukan hanya terpimpin dengan selamat di dunia, malah juga di akhirat nanti. Sepertimana pesan seorang guru kepada anak muridnya ; ["Pemimpin yang baik,mampu menjadikan orang yang dipimpinnya sebagus atau lebih bagus dari ia"]

Item pertama pemimpin ialah iman.

Secara ringkas, iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin’.

Imun maknanya kebal daripada maksiat serta kebal daripada sogokan dan pujukan.

Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik.

Amin pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah.

Item kedua ialah ilmu kepemimpinan.

Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Apabila kepemimpinan itu ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap, maka, jika tidak ada ilmu berkaitan kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin oleh mereka.

Item ketiga ialah ’kepimpinan diri’.

Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud ; [“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin”].

Hal ini termasuklah dalam hal memimpin diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan menyalahkan orang lain demi keselamatan diri.

Item keempat ialah ‘kemahiran komunikasi’.

Kerenah orang-orang yang dipimpin mampu ditangani dengan kemahiran komunikasi yang ada. Antaranya ialah, bercakap dengan terang jelas dan nyata serta mudah difahami oleh mereka. Seterusnya, setiap pemimpin perlu berusaha menjadikan dirinya mudah untuk didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol.

Pemimpin juga perlu ikhlas kerana walaupun ikhlas adalah perkara abstrak namun, ia boleh dirasai dengan mata hati. Tindakan juga merupakan suatu cara komunikasi yang efektif berbanding banyak berkata-kata.

Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Item-item lain bagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’ juga ialah apabila sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

Selain itu, mereka juga sentiasa membesarkan Allah dalam setiap hal, memastikan hati dan penampilan luaran sentiasa bersih, serta lebih banyak memberi dengan ikhlas berbanding memberi kerana ingin mendapat lebih banyak. Insha-Allah dengan item-item ini, walau apa-apa sahaja konflik yang melanda kelak, pasti akan mampu diselesaikan dengan lebih baik oleh mana-mana pemimpin Islam. Wallahu’alam.





Sumber: sinarhati


Sabtu, 21 November 2009

Hati cermin nilai peribadi, jati diri

assalamualaikum w.b.t.

Hati cermin nilai peribadi, jati diri

Penulis asal: Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

 
Marilah kita sama sama memahami article dibawah untuk kita jadikan panduan.
 
SIFAT MAHMUDAH: Amalan membaca al-Quran perlu disemat dalam jiwa anak agar menjadi generasi beriman.
 
Taraf manusia bukan diukur daripada paras rupa, kekayaan, nasab keturunan
MANUSIA adalah makhluk ciptaan Allah terbaik dan paling sempurna kejadiannya berbanding makhluk lain yang menghuni alam ini. Dalam hal ini, Allah mengiktiraf kesempurnaan penciptaan manusia berdasarkan firman-Nya dalam surah al-Tin, ayat 4 bermaksud:
Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
Manusia diciptakan daripada beberapa elemen utama hingga mewujudkan identitinya sebagai manusia iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua elemen menghiasi seseorang manusia itu, ada satu unsur paling penting dalam ajaran Islam yang diambil kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bukannya kulitnya, bentuk dalamannya bukannya bentuk luarannya dan hatinya bukannya jasadnya atau lisannya.
Oleh itu, Rasulullah bersabda bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka, sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani).
Hati manusia juga bertindak sebagai raja bagi keseluruhan anggota tubuh badan yang lain. Dengan kata lain, baik dan buruk, sejahtera atau sengsara, sihat atau sakit dan sebagainya amat bergantung kepada kedudukan hatinya.. Sekiranya baik hati, maka baiklah seluruh anggota tubuh yang lain dan begitulah sebaliknya. Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda bermaksud:
Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa dia itu ialah hati. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi serta jati diri seseorang sama ada sebagai seorang yang salih mahu pun sebagai seorang yang toleh. Malahan, hati juga dianggap agen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia.. Tidak berfungsinya anggota tubuh badan manusia secara keseluruhannya adalah kerana terlucutnya roh yang bertapak dalam hatinya. Hatilah tempat bertapaknya iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan dalam ketika yang lain, di sinilah juga terletaknya kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.
 
Yang paling menarik, dalam helaian al-Quran perkataan hati biasa disebut sebagai al-qalb yang membawa maksud sesuatu yang tidak tetap, berubah-ubah dan berdolak-dalik. Bertepatan dengan konotasi al-qalb, maka hati begitu mudah berubah-ubah dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain.. Di dalam hati ada dua unsur kekuatan yang sentiasa berlawanan antara satu sama lain iaitu antara iman dengan kufur, kebaikan dan keburukan, taat dan ingkar, hak dan batil dan sebagainya.
 
Apabila ditinjau dalam al-Quran, ada banyak rangkaian ayat membicarakan mengenai hal hati terutama hati yang bersih lagi suci daripada sebarang karat dosa dan maksiat. Hati yang bersih lagi suci itu ialah hati yang diterangi dengan cahaya Ilahi dan tidak terselit sedikit pun perasaan keraguan dan kesyirikan dalam hatinya. Seterusnya, hati yang bersih menyakini bahawa segala apa yang wujud di alam semesta ini dicipta Allah yang Maha Berkuasa, sekali gus bertindak sebagai pentadbir mutlak ke atas sekalian alam ini.
Hati yang bersih juga adalah hati yang terhindar daripada sebarang penyakit hati seperti dendam kesumat, dengki, fitnah dan lain-lain lagi sifat yang tercela. Hati yang bersih adalah dipenuhi dengan iman, hidayah petunjuk dan takwa. Di dalamnya, sarat dengan gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan ketundukan yang kudus kepada Allah. Justeru, hati ialah tempat bertapaknya nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan lain-lain lagi sifat mahmudah.
 
Rasulullah amat menggalakkan umatnya memiliki hati yang bersih ini hingga dianggap sebagai seorang manusia terbaik. Dalam hal ini, Baginda pernah ditanya oleh seorang sahabat:
Siapakah manusia yang terbaik. Baginda menjawab: Orang mukmin yang bersih hatinya. Kemudian baginda ditanya lagi: Siapakah orang mukmin yang hatinya bersih? Lantas Nabi pun menjawab: Iaitu orang yang bertakwa, hatinya bersih, tidak melakukan kedurhakaan dan pergkhianatan terhadap Allah, tidak berdendam dan mendengki kepada orang lain. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Perlu ditegaskan Allah akan memberikan ganjaran kepada setiap hamba-Nya yang berniat melakukan sesuatu kebajikan, tetapi Allah tidak pula mencatatkan keburukan ataupun dosa kepada seorang yang hanya berniat di hatinya untuk melakukan kejahatan dan kejahatan tidak pula dilakukannya di dalam alam realiti. Demikianlah betapa Allah bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-Nya..
 
Selanjutnya, Allah hanya akan menilai apa diperbuat dan dilakukannya sebagai balasan dan bekalan pada hari kemudian kelak. Sehubungan itu, orang tidak akan menilai lagi apa terpendam dalam hati seseorang, sebaliknya apa dizahirkan dan dilahirkan melalui anggota tubuh badan seseorang adalah cerminan apa yang tersemat dalam hati itulah yang akan menjadi neraca penilaian.. Oleh itu, amalan tidak beretika dan bermoral yang semakin berleluasa di dalam masyarakat kita itu adalah isyarat hati seseorang kotor, hati ketandusan nilai kerohanian yang luhur dan jauh daripada prinsip ajaran Islam yang sebenarnya.
 
Pernah berlaku peristiwa seperti diriwayatkan Sahl bin Sa'ad berkata: Ada seorang lelaki yang lalu melewati hadapan Rasulullah, lalu Baginda bertanya kepada sahabat yang duduk di sebelah Baginda: Apakah pendapatmu mengenai orang ini? Maka sahabat itu pun berkata: Dia adalah seorang lelaki daripada kalangan terhormat. Demi Allah! Orang ini sangat layak dinikahi jika dia datang melamar, diberi syafaat jika dia meminta syafaat. Rasulullah pun diam seketika. Kemudian, datang pula seorang lelaki melewati hadapan Baginda. Baginda kembali bertanya: Apakah pendapatmu mengenai orang ini pula? Lantas sahabat itu pun berkata: Wahai Rasulullah! Dia ini adalah daripada kalangan orang fakir miskin. Dia ini sememangnya layak ditolak jika datang melamar, tidak layak diberi syafaat jika dia meminta dan juga tidak layak diberi perhatian jika dia berbicara. Maka Rasulullah bersabda bermaksud: Orang ini (yang kedua) jauh lebih baik daripada orang yang pertama tadi.
 
Jelas kisah dipaparkan itu bahawa nilai dan taraf seseorang manusia bukannya diukur daripada kebesaran rupa lahiriahnya, bukannya daripada kekayaannya, bukan daripada kemuliaan nasab keturunannya, bukan dari ketrampilannya yang menarik dan bukan pula daripada kemasyhuran atau ketinggian pangkatnya. Sebaliknya, neraca piawaian yang sebenarnya di sisi Allah ialah sepohon iman yang bertapak kukuh di dasar hatinya, buah amal yang dihasilkan pepohon iman dibajai dengan keikhlasan, ketakwaan dan ketundukan yang penuh tulus ke hadrat Allah.



" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak  pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang  mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa  kami, dosa semua umat2 islam yang masih  hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Jumaat, 13 November 2009

((Tmn2Syurga)) Tazkirah Jumaat: Mati, peringatan penting dipinggirkan Muslim ...

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara."
Huraiannya
Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.
Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.
Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?
Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah sekali-kali tidak demikian.
Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah. ..
Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati
Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh, terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri.
Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak.
Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Ma�thurat, kaunseling diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT.
Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat.
Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim.
Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?
Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M.A. atau PhD. Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah.
Hati menjadi keras
Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu �Ain), maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.
Insan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama, melakukan dosa-dosa pula. Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab (tudung kepala). Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib).
Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam majlis-majlis ilmu.
Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan, daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilan anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam.
Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa, bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya, �Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu.�
Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang Islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri, tidak berakhlak, meninggalkan solat, penagihan dadah, mentadbir negara bukan dengan hukum Allah, dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga, iaitu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s.a.w.
Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka.
Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan untuk hari akhirat, persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat, sama ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.
Penyelesaian masalah
Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan, maka renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh Imam Al-Ghazali:
Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik.
Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya.
Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempeljari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu.
Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah, akidah dan sebagainya.
Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia.
Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat.
Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.
Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi.
Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun.
Rasulullah s.a.w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT.
Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku sekalian!

Peribadi dan ahlak rasullullah saw.

Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S. A. W
1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan
kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu
melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat
kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak
beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhirat Allah
SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak. Antara
doa baginda yang bermaksud :-
¡¥Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku¡¦
Maka Allah SWT menganugerahkan baginda Al ¡VQur¡¦anulKariem yang mengandungi pengajaran mengenai
adab dan kesopanan. Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Qur¡¦an (Riwayat
Muslim ¡V Saad Hisham)
Mafhum Firman Allah SWT:-
¡¥Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi¡¦ (Surah Al-Qalam : 4)
Rasulullah SAW adalah manusia yang :-
„h paling penyabar, paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
„h Tiada sekali-kali tangan baginda menyetuh tangan wanita yang tidak dimilikinya selaku sahaya
atau ikatan perkahwinan atau wanita itu muhrimnya.
„h Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan sahabatnya.
„h Adalah baginda manusia yang pemurah hati, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya,
makanannya hanyalah tamar dan syair. Selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
„h Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
„h Sangat pemalu ¡V tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
„h Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang merdeka
„h Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab dan membalas hadiah berkenaan.
„h Tidak memakan harta sedekah
„h Tidak sombong
„h Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
„h Tidak pernah meminta pertolongan orang musrik
„h Suka berpuasa ¡V mengikat batu pada perutnya apabila lapar ¡V jika makan tidak pernah kenyang
„h Paling beradab dalam makan ¡V Antaranya - makan tanpa bersandar dan tanpa meja ¡V
saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
„h Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
„h Tawaddhak dan Tenang
„h Tidak terganggu dengan urusan dunia
„h Menyukai jubah bulu/syamlah
„h Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
„h Mengunjungi orang sakit
„h Berkenderaan kaldai dan unta
„h Menyukai bau-bauan
„h Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
„h Berbuat baik dengan kaum bangsawan
„h Memuliakan orang-orang berakhlak
„h Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
„h Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
„h Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur¡¦an/Lughah Arab
„h Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk, memfitnah, mengumpat, menganiaya, hasad
dengki, tamak haloba dll.
„h Tidak memukul kecuali di atas jalan Allah SWT, Tidak berdendam, Tidak memutuskan
silaturrahim
„h Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
„h Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
„h Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya
(makruh contohnya)
„h Pembela wanita
„h Suka menasihati
„h Dan banyak lagi.
Maksud Sabda Rasulullah SAW :-
a. ¡¥Demi Allah yang nyawaku dalam kekuatanNya! Tiada masuk syurga kecuali orang yang
berakhlak mulia/baik"
b. ¡¥Bahawa Allah mengelilingkan Agama Islam dengan akhlak/budi pekerti yang mulia dan amal
perbuatan yang baik¡¦
Mafhum Firman Allah SWT :
1. ¡¥Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya dijalankan keadilan dan berbuat kebaikan¡¦ (Surah
An-Nahl :90)
2. ¡¥Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlemah-lembut dengan mereka dan
sekiranya engkau berkasar dan bengis/pemarah, tentulah mereka akan melarikan diri dari
kelilng mu¡¦
Maksud Sabda Rasulullah SAW:-
¡¥Aku mewasiatkan engkau supaya bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menepati janji, menunaikan
amanah, meninggalkan perbuatan khianat, menjaga jiran tetangga, mengasihani anak yatim, lemah
lembut perkataan, memberi salam, bagu amal perbuatan, pendek angan-angan, harus kuat keimanan,
memahami Al-Qur¡¦an, mencintai akhirat, merasa gusar mengenai hisab amalan dan merendahkan diri.
Dan aku melarang engkau, memaki hakim atau mendustakan orang yang benar atau mentaati orang
yang berdosa atau mendurhakai imam yang adil atau merosakkan muka bumi. Dan aku mewasiatkan
engkau agar bertaqwa kepada Allah pada setiap batu, kayu dan tanah. Dan engkau datangkan taubat
bagi setiap dosa. Taubat rahsia dengan rahsia dan yang terang dengan terang.¡¦
Ali r.a. berkata :
¡¥Alangkah hairannya orang muslim! Datang kepadanya saudaranya muslim yang memerlukan. Lalu ia
melihat dirinya tidak berhak membuat kebajikan kepada saudaranya itu. Sekiranya ia tidak
mengharapkan pahala dan tidak takut kepada siksaan, sesungguhnya, sepatutlah ia bersegera kepada
akhlak yang mulia kerana akhlak yang mulia itu adalah di antara penunjuk kepada jalan
bebas/pelepasan (dari dosa umpamanya)
Antara doa baginda yang masyhur (mengenai peradaban/akhlak mulia) :-
¡¥Ya Allah Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu kebenaran, lalu aku mengikutinya.
Perlihatkanlah kepadaku kemungkaran dan anugerahilah aku menjauhkan diri daripadanya. Lindungilah
aku daripada apa-apa yang meragukan lalu aku mengikuti hawa nafsuku, tanpa petunjuk dari Engkau.
Jadikanlah hawa nafsuku patuh mentaatiMu. Ambillah kerelaan diri Engkau dari diriku kepada
keafiatan. Dan tunjukkanlah aku kebenaran yang aku perselisihkan padanya, dengan keizinan Engkau.
Sesungguhnya Engkau menunjukkan (jalan) siapa yang Engkau kehendaki atas jalan yang lurus¡¦
Adab Makan (Kembali ke atas)
„h Rasulullah SAW menyukai dlafaf ¡V makanan yang banyak tangan memakannya
„h Membaca doa yang bermaksud :- ¡¥Dengan nama Allah, Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah
hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke atas nya.¡¦
„h Makan cara hamba - semasa duduk makan, baginda merapatkan antara kedua lututnya dan
antara kedua tapak kakinya ¡V tapak kaki kanan di atas tapak kaki kiri.
„h Tidak memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah diumpamakan memakan api.
„h Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian adalah cara makan syaitan.
„h Menyukai kueh faludzaj ¡V ramuan ¡V minyak samin, madu lebah, tepung gandum.
„h Menyukai roti syair, mentimun dan ruthab (kurma yang belum kering) di cecah dengan garam.
„h Menyukai anggur dan semangka dimakan bersama roti dan gula atau ruthab.
„h Memakan ruthab dengan tangan kanan dan biji di tangan kiri baginda diberi makan kepada
kambing yang lalu lalang di tempat baginda makan.
„h Memakan anggur dengan memegang tangkainya sehingga air anggur kelihatang pada janggutnya
seperti benang mutiara.
„h Menyukai susu dengan tamar (al-athyabin ¡V dua yang terbaik)
„h Menggemari daging ¡V penghulu makanan di dunia dan di akhirat ¡V khasiat menguatkan
pendengaran.
„h Menyukai roti bekuah dengan daging dan buah labu dan bersabda bahawa labu itu adalah pohon
Nabi Allah Yunus a.s. Pernah menyarankan Aisyah ra memasak gulai dengan membanyakkan
labu ¡V akan menguatkan hati orang yang berduka
„h Menyukai daging burung (tetapi tidak pula ikut menangkap burung berkenaan)
„h Tidak menundukkan kepala semasa memakan daging burung tetapi mengangkatkan daging ke
mulutnya dan menggigitnya.
„h Menyukai roti dengan minyak samin.
„h Menggemari daging kambing ¡V bahagian lengan dan bahu
„h Kurma madinah (al-ajwah ¡V berasal dari syurga) ¡V penawar racun dan sihir - adalah antara yang
paling digemari di kalangan tamar.
„h Sayur-sayuran yang digemari baginda pula ialah al-handaba, al-badzaruj dan al-hamqa¡¦/arrajlah.
„h Tidak menggemari bahagian daging spt. buah pinggang, zakar dan biji zakar, ghudad, darah,
hempedu dll.
„h Tidak menggemari bawang putih, bawang merah dan daun bawang prei (al-kurrats)
„h Tidak pernah mencela makanan ¡V kalau disukai, dimakan ¡V kalau tidak disukai, ditinggalkan.
„h Tidak menggemari dhab.
„h Suka menghabiskan sisa makanan dengan anak jarinya ¡V makanan yang penghabisan banyak
barakahnya.
„h Menjilat sisa makanan pada anak jari ¡V yang tidak diketahui makanan mana yang paling berkat.
Tidak menyapu dengan sapu tangan.
„h Selesai makan ¡V dibaca ¡¥Segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, bagiMu segala
pujian. Engkau anugerahkan makanan, maka Engkau anugerahkan kekenyangan. Engkau
anugerahkan kepuasan (kehilangan haus). Bagi Engkau segala pujian yang tidak dimungkiri
keutamaannya, yang tidak ditinggalkan dan yang diperlukan kepadanya¡¦
„h Membasuh tangan dan menyapu lebihan air ke muka. Minum dengan tiga kali teguk dan dibaca
sebelum setiap teguk : Bismillah - dan selepas setiap teguk : Alhamdulliah.
„h Minum senafas dan tidak bernafas dalam bekas minuman yang diminum melainkan semasa
menghisap.
„h Memberikan lebihan air kepada orang yang lebih mulia kedudukannya samada di kiri atau di
kanan baginda dan bersabda kepada orang yang tidak mendapat air bahawa sunat
mengutamakan (orang yang lebih mulia kedudukannya)
„h Tidak menggemari air susu dan madu dibawa bersama kerana tidak melambangkan tawaddak.
„h Pemalu dalam perihal makan ¡V tidak meminta kepada keluarga baginda makanan/minum ¡V
tetapi kalau diberi, baginda makan atau minum. Kadangkala bangun sendiri untuk mendapatkan
makanan/minuman.
Adab Berpakaian (Kembali ke atas)
„h Kain sarung/selindang/penutup badan/ baju kemeja (qamish)/jubah.
„h Menyukai warna hijau dan putih.
„h Qaba¡¦ (baju luar) dari kain sundusin.
„h Pakaian yang tinggi di atas kedua tapak kakinya, kadangkala setengah betis, kemeja terikat
dengan kancing baju ¡V kadangkala baginda membuka kancing itu semasa solatnya. Kadangkala
mengerjakan solat dengan berselimut yang dicelup kumkuma.
„h Kadangkala memakai kain sehelai/sarung ¡V yang tiada kain lain di atasnya ¡V kadangkala
diikatkan kedua hujungnya di antara kedua bahunya. Kadangkala mengimami solat jenazah
atau mengerjakan solat di rumah (umpamanya solat malam) dengan cara yang demikian
„h Memakai kain bertampal ¡V pakaian cara hamba.
„h Mempunyai dua helai pakaian khusus untuk solat Jumaat.
„h Mempunyai pakaian hitam tetapi disedekahkan kepada orang ¡V maksud riwayat Ummu Salmah
r.a. ¡V terserlah ketampanan/keputihan kulit baginda apabila memakai pakaian hitam.
„h Kadangkala mengerjakan solat memakai syamlah ¡V kain bulu hitam.
„h Memakai cincin. Kadangkala baginda keluar dan pada cincinnya terdapat benang terikat untuk
mengingatkan baginda terhadap sesuatu. Baginda chapkan surat-surat yang dikirim dengan
cincinnya supaya penerima surat berkenaan mengenali baginda.
„h Memakai qalansuah (kupiah); dengan atau tanpa serban
„h Mempunyai serban as-sahab ¡V awan. Diberikan kepada Sayyidina Ali r.a.
„h Semasa memakai pakaian baginda berdoa (maksudnya) :- "Segala puji-pujian bagi Allah yang
menganugerahkan kpdaku pakaian di mana dengan pakaian ini akau menutup auratku dan aku
memperelokkan diriku pada manusia.
„h Memakai dengan memulakan sebelah kanan dan membuka pakaian dengan memulakan sebelah
kirinya.
„h Menyedekahkan pakaian lamanya kepada orang miskin ¡V maksud sabda Baginda - diberikan
kerana Allah dan dianugerahkan kebajikan selagi pakaian berkenaan menutup aurat sipenerima
samada hidup atau mati.
„h Mempunyai tikar tidur dari kulit yang sudah disamak ¡V diisikan kulit kayu kurma yang halus.
Panjang lebih kurang dua hasta. Lebar lebih kurang sehasta sejengkal.
„h Mempunyai baju ¡¥aba-ah (baju terbuka depannya, dipakai di atas baju lain) yang
dibentangkan/dilipat dua lapis untuk baginda setiap kali berpindah tempat duduk.
„h Nama bendera : Al-¡¥Uqab.
„h Nama pedang perang : Zulfaqar. Lain-lain pedang : Ak-Mikhzam, Ar-Rasub, Al-Qadlib ¡V tangkai
pedang dihiasi perak. Tali pedang dari kulit yang disamak. Tiga helai tali dari perak.
„h Nama busur baginda ialah Al-Katum, tempat pananannya bernama Al-Kafur.
„h Nama untanya : Al-¡¥Udl-ba, Nama kudanya : Al-Duldul, Nama kaldainya : Ya¡¦fur. Nama
kambingnya: ¡¥Ainah.
„h Mempunyai tempat bersuci/berwuduk dan minum dari tembikar. Ramai anak-anak kecil
mendapat barakah dari tempat ini.
Sifat Pemaaf/Kemampuan Membalas Rasulullah SAW (Kembali ke atas)
„h Tidak lekas marah, pemaaf (walaupun dicaci, ditohmah, dimaki dll)
„h Adil dalam pembahagian harta rampasan
„h Tidak memarahi orang yang cuba membunuhnya malah menasihati pula. Cubaan pembunuhan
ini berlaku dalam pelbagai cara, antaranya tikam-curi semasa perang, menghempap batu
semasa baginda berjalan dan diberikan racun dalam daging kambing oleh perempuan Yahudi.
(Baginda melarang sahabatnya membunuh perempuan berkenaan)
Pernah disihir oleh lelaki Yahudi dan atas bantuan Jibril a.s. , sihir berjaya
dipulihkan dari sumur Zarwan. Tidak pernah baginda mengungkit
kembali perkara berkenaan walaupun di hadapan Yahudi berkenaan.
Pernah baginda dihunuskan pedang dan ditanya "Siapakah yang mencegah engkau dariku?" dan
baginda menjawab "Allah". Maka jatuhlah pedang tersebut dan baginda mengambilnya dan
bersabda "Siapakah yang mencegah engkau dariku?" Lelaki itu menjawab "Adalah engkau
hendaknya sebaik-baik orang yang mengambil kebajikan" Baginda menjawab "Aku bersaksi
bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah dan aku adalah Rasulullah" Lelaki itu menjawab "Tidak,
hanya aku tidak akan memerangimu. Aku tidak akan bersamamu dan aku tidak akan bersama
kaum yang memerangimu" Lantas Baginda melepaskan lelaki berkenaan dan mendekati
sahabat-sahabatnya dan bersabda : "Aku datang kepada kamu dari orang yang terbaik antara
manusia"
Perkara-Perkara yang tidak digemari Rasulullah SAW (Kembali ke atas)
„h Seorang laki-laki masuk ke tempat baginda SAW dengan memakai kain yang berwarna kuning
(pekat spt. warna api). Apabila lelaki berkenaan beredar dari situ, baginda mengatakan kepada
sahabatnya menyuruh lelaki berkenaan tidak lagi memakai pakaian berwarna sedemikian.
„h Seorang Arab Badwi telah membuang air kecil dalam masjid di hadapan baginda SAW. Para
sahabat cuba mencegah tetapi baginda bersabda: "Jangan kamu putuskan air kecilnya dan
baginda bersabda kepada sahabatnya bahawa perkara ini tidak harus berlaku di dalam masjid.
„h Dll.
Kemurahan Hati Rasulullah SAW (Kembali ke atas)
Sayyidina Ali r.a. berkata : "Adalah Nabi SAW manusia yang bermurah tangan, manusia yang berlapang
dada, manusia yang sangat benar pembicaraan, manusia yang sangat menepati janji, manusia yang
teramat lemah-lembut kelakuan dan manusia yang sangat memuliakan kekeluargaan. Barangsiapa
melihat Nabi SAW dengan tiba-tiba, nescaya takut kepadanya. Dan barangsiapa bercampur-baur dengan
Nabi SAW dengan mengenalnya, nescaya mencintainya. Orang yang menyifatkan Nabi SAW berkata :
"Tidak pernah aku melihat sebelumnnya dan sesudahnya orang seperti Nabi SAW"
Seorang lelaki telah meminta sesuatu dari baginda dan diberikan seekor kambing dan lelaki itu
kemudiannya mengajak semua rakan-rakan dari kaumnya memeluk Islam.
Baginda tidak pernah berkata "tidak" apabila diminta sesuatu. Baginda tidak takut kepada kemiskinan.
Baginda diberikan 90,000 dirham dan dibahagi-bahagikannya sehingga habis.
Pernah baginda diminta sesuatu dan baginda tiada apa-apa tetapi demi memenuhi kehendak si
peminta, Baginda SAW menyuruhnya membeli secara berhutang atas nama baginda dan baginda
berjanji untuk melunaskannya.
Keberanian Rasulullah SAW (Kembali ke atas)
Sayyidina Ali r.a. berkata "Sesungguhnya engkau melihat aku pada hari Perang Badar. Kami berlindung
dengan Nabi SAW dan baginda yang paling terdekat kepada musuh dari kami. Dan baginda pada hari itu
di antara manusia yang sangat perkasa"
¡¥Imran bin Husain berkata : "Tiada Rasulullah SAW menemui suatu kumpulan tentera, melainkan
beliaulah orang yang pertama memukulnya"
Para sahabat berkata bahawa Nabi SAW sangat kuat pukulannya. Tatkala baginda dikepung oleh kamu
musyrik, baginda turun dari kudanya lantas berkata "Aku ini Nabi, tidak dusta. Aku ini Putera Abdul
Mutalib"
Maka tiada seorangpun yang dilihat pada hari itu yang lebih berani dari Nabi SAW.
Kerendahan diri Rasulullah SAW (Kembali ke atas)
Baginda SAW tidak pernah menghampakan jemputan sesiapa jua samada orang sakit, menghantar
jenazah atau makan bersama-sama dengan hamba/sahaya. Baginda berpakaian ringkas. Baginda
membenci perbuatan orang berdiri hormat apabila baginda lalu.
Baginda suka memberikan salam kepada anak-anak kecil/muda. Seorang lelaki yang gementar melihat
wajah baginda terus ditenteramkan oleh baginda dengan bersabda "Permudahkan (urusan) mu, aku
bukannya raja. Aku hanya putera, seorang perempuan Quraisy, yang memakan daging kering"
Baginda sentiasa duduk bersama-sama dengan sahabatnya dan tidak pernah membeza-bezakan
sesiapapun di antara sahabatnya walaupun baru dikenalinya. Baginda SAW begitu gemar berbual-bual
mengenai pelbagai sabjek dari perkara-perkara bersabit akhirat hinggalah dunia. Kadangkala baginda
hanya tersenyum apabila para sahabatnya membaca syair atau bergurau tetapi segera melarang jika
berlaku perkara-perkara haram.
Adab makan baginda juga jelas menunjukkan rasa kerendahan dirinya. Tidak suka bersandar walaupun
pernah disuruh Sayyidina Ali r.a. dan tidak pernah bermeja ketika makan ¡V makan cara hamba/sahaya.
Rupa Paras/Sifat Tubuh Rasulullah SAW (Kembali ke atas)
„h Baginda SAW tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, namun apabila berjalan bersama
para sahabat, baginda SAW kelihatan lebih tinggi dari mereka. Tetapi apabila baginda berjalan
sendirian, baginda nampak sederhana ketinggiannya. Baginda SAW pernah bersabda bahawa
orang yang bertubuh sedang dikurniakan banyak kebajikan.
„h Warna kulit baginda adalah azharul-laun ¡V putih gemilang bercahaya - tidak bercampur dengan
kuning, merah dan lain-lain.
„h Keringat baginda seperti mutiara dan berbau lebih harum dari kasturi.
„h Berambut ikal yang tidak terlalu lurus dan tidak terlalu keriting. Apabila baginda menyikat
rambut, jadilan seakan-akan jalinan pasir. Rambutnya mencecah bahu.
„h Uban pada kepala dan janggutnya masing-masing berjumlah 17 helai.
„h Wajah baginda adalah wajah yang tercantik malah lebih cantik dan kacak daripada Nabi Allah
Yusof a.s. dan disamakan dengan bulan purnama.
„h Dahi baginda SAW luas, dan kedua bulu keningnya melengkung (ada yang menyatakan keduadua
keningnya bersambung) Ruang putih (ablaj) yang kecil di tengah-tengah keningnya seolaholah
perak yang putih bersih.
„h Kedua matanya adalah lapang, sangat hitam mata hitamnya. Bulu matanya tebal.
„h Berhidung mancung.
„h Giginya jarang tersusun dengan baik. Baginda tenang dan bercahaya di wajahnya apabila
ketawa atau tersenyum.
„h Kedua pipinya adalah menurun, tidak meninggi, tidak bermuka panjang, tidak bermuka bulat.
Dipenuhi dengan janggut dan tidak bermisai.
„h Lehernya adalah yang terbaik dari semua hamba Allah SWT. Tidak dapat dikatakan panjang
atau pendek. Gambarannya seolah-olah cerek perak yang bercampur emas yang berkilauan
dalam keputihan perak dan kemerahan emas.
„h Berdada lebar/agak sasa ¡V seperti cermin ratanya ¡V seperti bulan putihnya. Tidak berbulu dada
kecuali pada sedikit bulu lurus antara dada dan pusat baginda.
„h Kedua bahu baginda besar/agak sasa dan terdapat cap kenabian* di antaranya. (Tanda hitam
bercampur kuning sedikit)
„h Tangan baginda besar/agak sasa dan anak-anak jarinya seolah-olah ranting-ranting perak.
Tapak tangan baginda lebih lembut dari sutera dan berbau harum. Apabila tangannya
diletakkan di atas kepada anak-anak kecil, nescaya dikenali anak-anak kecil berkenaan bahawa
itu adalah baginda SAW menerusi keharuman tangannya.
„h Kakinya juga besar/agak sasa.
„h Tubuh baginda sederhana besar dan seolah-olah tidak dimamah usia dari baginda muda
sehinggalah akhir hayatnya.
„h Baginda berjalan seolah-olah menuruni batu besar, melangkah condong dan al-huwaina ¡V
berdekatan langkah kaki tanpa berlenggang. Baginda bersabda bahawa rupa paras/bentuk
tubuh/budi pekerti/akhlak baginda adalah menyamai Nabi Allah Adam a.s. dan Nabi Allah
Ibrahim a.s.
Gelaran-gelaran Rasulullah SAW
„h Muhammad, Ahmad, Al-Mahi, Al-¡¥Aqib, Al-Hasyir, Rasulurrahmah, Raluluttaubah,
Rasulumalahim, Al-Muqaffi, Qutsam
„h Selain itu Mustaffa dan kebanyakan nama surah-surah dalam Al-Qur¡¦an seperti Toha, Yasin
dll.
Mukjizat Rasulullah SAW (Kembali ke atas)
„h Al-Qur¡¦an yang diturunkan kepada baginda yang ummi tanpa tandingan atau tiruan dari manamana
pihak sekalipun dan kesempurnaan/rahmat bagi seluruh alam dan makhluk.
„h Memecahkan dan mencantumkan bulan.
„h Membahagikan makanan yang sedikit kepada jumlah manusia yang sangat ramai di mana
semuanya berasa kenyang. (semasa perang dll)
„h Mengeluarkan air dari jari-jarinya untuk menghilangkan haus para tentera Islam (hissi)
„h Mengeluarkan air dari matair Tabuk dan Al-Hudaibiah ¡V yang dapat diminum kira-kira 1500
orang tentera Islam.
„h Melemparkan tanah ke arah musuh dan buta mata musuh.
„h Meramalkan kekuatan syiar Islam selepas kewafatan baginda
„h Meramalkan pembunuhan ¡¥Ammar bin Yasir yang membawa perdamaian dua golongan besar
kaum muslimin oleh Al-Hasan
„h Menerangkan bagaimana seorang lelaki yang berjihad akan menjadi penduduk neraka. Benarlah
ramalan baginda kerana lelaki berkenaan kemudiannya telah membunuh diri.
„h Melepaskan kuda Saraqah bin Malik yang terbenam.
„h Meramalkan pembunuhan As-Aswad Al-¡¥Ansi yang mendakwa dirinya nabi.
„h Nabi SAW keluar di hadapan 100 orang Quraisy tanpa dilihat oleh mereka.
„h Seekor unta datang mengadu masalah dengan Nabi SAW dengan penuh merendah diri disaksikan
oleh para sahabat baginda.
„h Dua pohon kayu yang bercantum dan berpisah atas perintah baginda.
„h Arbad bin Qais and ¡¥Amir bin Ath-Tufail bin Malik, dua orang perkasa yang ditugaskan
membunuh baginda SAW sebaliknya mati rentung dipanah petir.
„h Ketinggiannya sedang apabila berjalan bersendirian tetapi lebih tinggi apabila berjalan dengan
para sahabatnya.
„h Pernah cuba diracun dan disihir tetapi dapat dipatahkan.
„h Menyapu kambing sehingga banyak susu dapat dikeluarkan.
„h Memerintahkan pengisar di rumah Sayyidatina Fatimah r.a. berjalan dengan sendiri.
„h Mengubati penyakit mata dan lain-lain penyakit para sahabat dengan meludah, menggosok,
mendoakan dll.
„h Makanan bertasbih di hadapan baginda SAW
„h Al-Barsya yang menolak pinangan Nabi SAW ke atas Ummu Syubaib dengan alasan anaknya
berpenyakit sopak benar-benar dijangkiti sopak.
„h dll.